Kempen CSR Hari Tidur Sedunia Amlife Tangani Gangguan Tidur Yang Semakin Meningkat, Tinjau selidik kebangsaan pertama Amlife dedahkan 9 daripada 10 rakyat Malaysia alami masalah tidur



PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach - May 21, 2018 - Untuk memperingati Hari Tidur Sedunia 2018 di tengah kancah peningkatan kadar insomnia dan gangguan tidur yang membimbangkan di Asia Pasifik, pakar kesihatan tidur Amlife International Sdn Bhd memperlihatkan pameran penjagaan tidurnya kepada wakil media Malaysia.

 

Gangguan tidur menjejaskan 45% penduduk dunia.  Laporan media menunjukkan bahawa kira-kira 35% penduduk Malaysia amnya mengalami gejala-gejala insomnia dan 12.2% menghidap insomnia kronik.


Encik Lew Mun Yee, Presiden dan Pengasas Amlife berkata bahawa syarikatnya telah bekerjasama dengan Persatuan Tidur Sedunia dan beberapa organisasi berwibawa dan berprestij dalam industri teknologi tidur untuk memperjuangkan inisiatif penjagaan tidur. 


Pada tahun lepas, kongres bersama Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan Persekutuan Tidur Sedunia telah menyampaikan Anugerah Kehormat Hari Tidur Sedunia kepada Amlife -- menjadikan Malaysia satu-satunya negara di Asia yang menerima anugerah berprestij ini.


Pada tahun ini, Amlife telah melancarkan pameran bergerak serantaunya yang menyasarkan golongan strategik termasuk khalayak umum dengan menganjurkan ceramah kesihatan, bengkel, memberikan petua & penyelesaian di negara-negara utama Asia Pasifik -- khususnya Taiwan, Singapura, Indonesia dan sekarang Malaysia.


Tinjau selidik tidur kebangsaan Am Life yang pertama anjuran pakar kesihatan tidur Am Life International Sdn Bhd, dan dikendalikan oleh Nielsen Malaysia, mendapati bahawa rata-rata rakyat Malaysia tidur secara purata 6.3 jam sehari (masa tidur yang disyorkan ialah 7 hingga 9 jam menurut pakar). Tinjau selidik baharu ini mengenai amalan tidur mendedahkan bahawa 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami satu atau lebih masalah tidur.

 

Seramai 4 daripada 10 orang mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk tidur (10 hingga 20 minit dianggap normal). Seramai 6 daripada 10 bersetuju bahawa tidur lebih lama tidak bermakna tidur yang berkualiti.

 

Menurut tinjau selidik Am Life ini, masalah tidur utama yang dihadapi di negara ini ialah terjaga di tengah malam (46%), rasa letih dan kurang rehat pada waktu pagi (32%), tertidur pada waktu siang (31%), berdengkur (29%) dan kesukaran melelapkan mata (26%).  

 

Tinjau selidik ini juga menunjukkan bahawa 66% berkata mereka mengalami masalah tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu.

 

Mengenai punca utama masalah tidur, 52% berkata mereka mengalami tekanan, keresahan dan kemurungan, 34% menyalahkan gaya hidup kurang sihat dan amalan tidur, dan 25% berkata mereka meluangkan terlalu banyak masa menggunakan peranti.

 

Dari segi kesan gangguan tidur, perkara yang paling kerap disebut ialah sakit kepala (40%), kelesuan (37%), masalah berfikir atau memberikan tumpuan (37%), sakit bahu atau leher (33%), dan juga angin dan 'mood' kurang baik. (26%).  Satu perkara yang positif ialah 9 daripada 10 rakyat Malaysia sedar bahawa tidur yang kurang lena mungkin menjadi punca masalah kesihatan.

 

43% daripada rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka mengalami masalah tidur, manakala 33% tidak mengakui mengalami gangguan tidur walaupun kerap menghadapi kesukaran tidur.

 

Tinjau selidik ini memaparkan kesedaran peserta tentang kesihatan tidur dan mendapati bahawa rakyat Malaysia pada umumnya bersetuju bahawa amat penting untuk mencari penyelesaian apabila mengalami masalah tidur. Namun begitu, 40% berkata mereka tidak tahu caranya. Seramai 43% daripada rakyat Malaysia lebih cenderung kepada penyelesaian semula jadi apabila berbicara tentang kaedah bantuan tidur.

 

Dalam satu sidang akhbar, Amlife memperkenalkan kelengkapan tempat tidur penjagaan kesihatan tidur yang bertujuan untuk "menjana kesihatan daripada tidur " secara semula jadi (terapi semula jadi tanpa ubat, tanpa suntikan, tidak invasif) untuk merangsang proses penyembuhan semula jadi badan.

 

Produk penjagaan kesihatan tidur Amlife diiktiraf sebagai kelengkapan tempat tidur kesihatan perubatan yang pertama sepertinya di negara ini, yang dapat menangani penjagaan kesihatan yang sewajarnya dan memberikan terapi pemulihan untuk pelanggan senmasa mereka tidur atau berehat.  Tilam rawatan keupayaan elektrik Amlife 100% diimport dari Jepun.

 

Amlife telah mengilham dan membangunkan bersama pakar-pakar teknologi Jepun tilam rawatan tidur yang menggunakan Terapi Keupayaan Elektrik dan Terapi Haba yang terbukti secara saintifik dapat menjaga kesihatan secara holistik.  Pada asasnya, terapi keupayaan elektrik mengecas semula badan dengan ion positif dan memulihkan fungsi sel ke tahap optimum. Fungsi terapi haba adalah untuk menyelimuti pelanggan dengan kehangatan yang memberi kelegaan dan keselesaan hingga memasuki mod tidur nyenyak bagi membolehkan badan mula pulih dan sembuh sendiri.  

 

Berasal dari Jepun seawal tahun 1928 dengan sokongan kajian klinikal selama 40 tahun, terapi keupayaan elektrik telah diiktiraf dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun sebagai satu teknologi perubatan yang dapat menambah baik 8 gejala berikut: Sakit Kepala, Insomnia Teruk, Sakit Bahu / Tengkuk, Sembelit, Tidak Hadam, Kaki & Tangan Sejuk, Sakit Saraf / Otot, dan Kelesuan Kronik.  

 

Kini, tilam terapi haba keupayaan elektrik Amlife telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun, Malaysia dan Taiwan sebagai peralatan perubatan dan Amlife diiktiraf sebagai pusat elektroterapi terbesar di Malaysia oleh Buku Rekod Malaysia.  Ia juga telah melepasi beberapa ujian pemeriksaan ketat termasuk pensijilan Pengurusan Kualiti Antarabagsa ISO 9001:2008.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amlife.my


Mengenai Amlife International

Amlife ditubuhkan pada 2012 oleh Pengasas & Presiden, Encik Lew Mun Yee dalam usaha untuk menunaikan permintaan meningkat terhadap penjagaan kesihatan bagi menangani masalah tidur tidak berkualiti, insomnia, dan masalah kesihatan suboptimum di seluruh dunia.

 

Dengan rekod kejayaan dalam pemasaran perkhidmatan dan produk penjagaan kesihatan, penyelidikan Encik Lew terhadap banyak kajian terapi keupayaan elektrik yang terbukti secara saintifik telah membawa beliau ke Jepun di mana beliau mengilhamkan dan bersama-sama membangunkan teknologi Jepun dalam 'sistem penjagaan kesihatan kelengkapan tempat tidur'.

 

Kelengkapan tempat tidur ini pada asasnya ialah tilam terapi haba gentian karbon keupayaan elektrik disokong oleh 'bantal kesihatan prestasi tinggi' dan 'gebar Hokutolite' yang boleh menjamin penjagaan kesihatan yang sewajarnya, mencegah penyakit dan memberikan terapi pemulihan untuk pelanggan semasa mereka tidur atau berehat.

 

Kelengkapan tempat tidur penjagaan kesihatan Amlife, 100% diimport dari Jepun -- secara semula jadinya "menjana kesihatan daripada tidur" menerusi terapi semula jadi bukan invasif, tanpa ubat, tanpa suntikan. Ia merangsang proses penyembuhan semula jadi badan, memberikan terapi paling penting untuk orang zaman moden menerusi pendekatan "penjagaan kesihatan tidur" dengan menangani punca masalah dalam tabiat hidup kita setiap hari.

 

Tilam terapi haba keupayaan elektrik Amlife disahkan oleh badan-badan pensijilan perubatan Jepun (juga Kementerian Kesihatannya) sebagai alat perubatan. Pada 2017, tilam ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Taiwan sebagai peralatan perubatan. Ia juga telah lulus beberapa ujian ketat termasuk pensijilan ISO 9001:2008 Pengurusan Kualiti Antarabangsa.  Kementerian Kesihatan Jepun mengiktiraf tilam ini sebagai alat perubatan yang boleh menambah baik 8 gejala berikut: Sakit Kepala, Insomnia Teruk, Sakit Bahu / Tengkuk, Sembelit, Tidak Hadam, Kaki & Tangan Sejuk, Sakit Saraf / Otot, Kelesuan Kronik -- baik untuk menjamin badan berfungsi secara optimum untuk penyenggaraan kesihatan harian.

 

Setelah mengukuhkan tapak di Malaysia, Amlife mengembangkan sayapnya ke Singapura & Indonesia, Taiwan, Brunei, dan Hong Kong.  

 

Amlife telah memperjuangkan amalan tidur yang baik untuk kesihatan & kualiti hidup sempena dengan Hari Tidur Sedunia pada bulan Mac setiap tahun, mengetuai sekumpulan pakar penjagaan kesihatan pofesional termasuk doktor klinikal antarabangsa dan pakar tidur -- untuk memberikan pendidikan tidur memandangkan masalah insomnia dan gangguan tidur semakin meningkat di Asia Pasifik dan seluruh dunia. Pada 2017, kongres bersama Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan Persekutuan Tidur Sedunia di upacara yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidikan Tidur & Perubatan Tidur Republik Czech telah menyampaikan Anugerah Kehormat Hari Tidur Sedunia di Prague, Republik Czech kepada Amlife -- menjadikan Malaysia satu-satunya negara di Asia yang menerima anugerah tersebut kerana komitmen kepada usaha mempromosikan tidur.

 

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.amlife.my



The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
SOURCE:

Am Life International Sdn Bhd

CATEGORY:

Business

PUBLISHED ON:

21 May 2018

Past Press Releases

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW